Mengangguk Kepala
Apabila kamu berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-nganggukkan kepalanya. Itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri kamu. Dia juga sentiasa sedia membantu apabila kamu memerlukan pertolongan.
Mendekatkan Badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri kamu apabila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.
Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang kamu boleh tawarkan kepadanya samada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.
Menggerakkan Tangan dan Badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup membuktikan kesucian cinta. Oleh itu, pergerakkan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.
Suka Berdiri
Apabila bercakap, kamu duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan jiwanya yang suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga jenis yang pantang mengalah.
Memandang Mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian dan berusaha menjaga hati semua orang tidak kira bagaimana rapat hubungannya dengan orang tersebut.
Sensitif dengan Jarak
Apabila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan orang tersebut. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.
Meniru Gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan tidak menimbulkan masalah.
♥the sweet end even not so sweet♥ 01:22 ;
0 sweet comment